Jumaat, 12 Disember 2014

UKM-UNPAD BAKSOS

BERMULA SEBUAH PERJALANAN MERENTASI LAUTAN ILMU ALLAH.
TWINNING PROGRAM 2013.
ENGKAU TETAP DI HATI.



ASSALAMUALAIKUM WBT.

A'UZUBILLAHIMINASY SYAITANNIRRAJIM. 

(AKU MEMOHON PERLINDUNGAN ALLAH DARI SYAITAN YANG DIREJAM)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG)

Insha Allah,zura akan membuat laporan sedikit tentang aktiviti bakti sosial (BAKSOS) yang telah berlaku pada Disember 2013 yang bertempat di rumah anak yatim, SIMPAY ASIH.

            BAKSOS merupakan aktiviti kemasyarakatan yang bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim sesama masyarakat dan memberikan bantuan yang termampu daya. Tambahan lagi,aktiviti ini dapat memberi pengalaman dan membina kemahiran membuat tugasan dalam bahasa inggerisnya "SOFT SKILL" dan kami juga dapat membina kemahiran komunikasi dan mengendali masalah dalam setiap aktiviti ini.Semangat kerjasama dan toleransi juga dapat dipupuk dan komited dalam setiap ahli kumpulan.

           Sebelum aktiviti berlaku.kami diberi peruntukan selama sebulan untuk merancang aktiviti,mencari tempat yang sesuai dan yang paling penting adalah mengumpul dana. Cara yang kami gunakan adalah dengan meminta bantuan dana daripada masyarakat yang mampu memberikan dana dan sedikit sebanyak kami juga telah berniaga,menjual makanan seperti kek batik dan sandwich sebagai tambahan dana. Disini,jelas terpapar semangat keusahawanan kami dalam berjual beli dan menambahkan dana.Alhamdulillah,sambutan yang diberi sangat memberangsangkan,kerana kek batik merupakan kuih Malaysia dan rakan-rakan Indonesia kami sangat teruja dan seronok apabila menikmati kek batik itu.Mereka merasakan kenikmatan yang berbeza apabila makan kuih dari negara lain.

       Aktiviti ini ditunjangi majlis tertinggi dan biro-biro seperti biro makanan, logistik, kewangan, protokol, komunikasi ,mmultimedia, dan keselamatan. Setiap ahli memainkan peranan mereka masing-masing dan membantu antara satu sama lain. Zura sebagai biro keselamatan,sewaktu aktiviti,saya akan memantau keselamatan para ahli dan keselamatan anak-anak yatim di SIMPAY ASIH.

          Aktiviti utama kami adalah membersihkan rumah penempatan mereka dak kawasan sekitarnya. Zura telah ditugaskan untuk membersihkan kawasan halaman rumah bersama anak-anak yatim yang lain. Kami semua bekerjasama membersihkan kawasan tersebut dengan sehabis daya dan membersihkan perigi yang ada di situ. Perasaan yang rasakan sangat menyeronokkan kerana dapat beramah mesra dengan merka semua. Zura sangat bersyukur kerana Allah telah memberikan nikmat kesenangan kepada kami semua yang dapat belajar dan menuntut ilmu berbanding saudara kita di Palestin yang dalam kesusahan dan dibelenggu kesengsaraan. Jadi kami semua harus menjadi orang yang bermanfaat untuk orang lain demi menjaga maruah agama kami,Islam. 

        Akhir kata,sesungguhnya yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari kesilapan Zura sendiri. Jari disusun memohon  maaf jika ada salah dan silap. Semoga kita semua mengerti apa itu tali persaudaraan Islam dan memahami dengan hati tentang Islam. Marilah kita mengumpul sebanyak-bayak pahala untuk dibawa ke akhirat kelak yang kekal abadi kerana dunia hanya tempat persinggahan. Semoga BAKSOS ini adalah salah satu medium kami untuk menjadi orang yang bermanfaat dan diredhai Allah.Amin.

Assalamualaikum wbt.



Zura yang bertudung merah,di sebelah kiri dan menunjukkan "peace" menggunakan dua tangan.